Hubungan Etnik
Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk pelbagai kaum yang hidup dalam suasana harmonis. Dalam semua aspek, sebuah negara yang harmoni dapat dicapai dengan mengabaikan prasangka dan stereotaip. Perpaduan dan permuafakatan adalah faktor penyumbang penting dalam membentuk sesebuah negara - memberikan rasa solidariti, kesatuan, dan kesetaraan kepada rakyat Malaysia. Namun, kesatuan dan kesepakatan dalam sebuah negara hanya akan dikecapi melalui kesedaran diri, sifat penyayang, dan keinginan seseorang untuk kesetaraan. Melalui ciri-ciri tersebut, seseorang daripada sesuatu kaum akan dapat mencapai pemahaman, penerimaan, dan membiasakan diri dengan jiran tetangga dari kaum yang lain.
Bersama dengan perpaduan, patriotisme terhadap negara sendiri amat penting bagi pembangunan masyarakat dan penduduknya. Semangat patriotisme perlu tersemat dalam jiwa dan memancar melalui setiap lapisan agar kepercayaan ini dapat menyuburkan semangat kesetiaan serta merangsang semangat kekitaan, dan mendorong negara memperjuangkan reformasi.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta yang sudi ditemu bual kami iaitu Jess, Nadhira, Danald Jute, dan ketua modul kami iaitu Encik Serit anak Banyan.
Kami amat bersyukur kerana berpeluang menjalani projek ini. Kami telah mendapat banyak faedah daripada projek ini seperti berpeluang mengeratkan hubungan sesama ahli kumpulan, mengetahui dengan lebih mendalam tentang subjek hubungan etnik dan mengasah kemahiran kami dalam menjalankan projek. Oleh itu, kami amat bersyukur mempunyai individu yang membantu menjayakan projek kami terutamanya M.Serit yang telah menyokong kandungan media sosial secara atas talian kami dengan menyukai catatan kami. Kejayaan kami bergantung kepada sumbangan kalian.
Walaupun terdapat banyak cabaran yang terpaksa kami lalui semasa menjalani projek ini, sebagai satu kumpulan kami berjaya mengatasinya secara sivil profesional. Oleh itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kumpulan 25 atas pengorbanan masa, dan usaha mereka untuk menjayakan projek kumpulan ini. Sekali lagi, kami sangat berbesar hati untuk mempersembahkan video kumpulan kami kepada kamu semua, dan kami berharap agar video tersebut dapat meningkatkan kesedaran mengenai perpaduan nasional. Sekian, terima kasih.