top of page

Psikomotor

Pada awalnya, kami menghadapi kesukaran untuk membuat kertas cadangan. Selepas menunjukkan kepada pensyarah kami dan mendapat kritikan, kami telah mempelajari cara yang betul untuk menulisnya. Dari segi penyelarasan, kami agak keliru tentang perkara yang perlu dilakukan. Oleh sebab itu, kami membahagikan kumpulan kami kepada 3 pasukan untuk menjalani tugas yang berbeza iaitu pasukan untuk kertas cadangan, penyuntingan dan penggambaran video, dan e-proposal. Selain itu, ini adalah kali pertama kami membuat laman web menggunakan WIX dan juga terpaksa mengharungi pelbagai rintangan. Kami mengambil masa untuk menyelesaikan masalah dengan menonton tutorial dan mencuba pendekatan-pendekatan yang berbeza. Sebagai rumusan, kami telah menambah baik kemahiran menyelesaikan masalah, melakukan kerja sepasukan, dan meminta bantuan apabila sesat dalam melakukan sesuatu perkara.

bottom of page