top of page
AqilHarith.jpg

Muhammad Aqil Harith Bin Ramsaid

0352200

ADTP - Computer Science, School of Liberal Arts and Science

Refleksi Diri

Sebenarnya saya pada awalnya telah memandang rendah tentang keberkesanaan modul ini untuk menyampaikan maklumat bermakna yang boleh saya manfaatkan. Walau bagaimanapun tanggapan saya telah jauh tersasar kerana sungguh banyak ilmu yang dapat saya perolehi secara langsung atau tidak langsung. Pertama sekali, peluang untuk mengalami kerja dalam kumpulan sepanjang masa yang agak panjang menyebabkan saya memperbaiki kebolehan saya untuk menyumbang usaha dan tenaga yang positif. Selain itu, saya dapat menambah pengetahuan yang relevan kepada masa kini seperti pembentukan Malaysia dan komposisi masyarakat serta sejarahnya. Akhir sekali, saya lebih memahami tentang situasi semasa tentang interaksi antara ahli masyarakat yang berbeza berdasarkan video yang telah kami hasilkan. Video yang telah dihasilkan tersebut menyemat semangat progresif dalam diri saya supaya Malaysia berkembang menjadi negara maju dan adil kepada semua rakyatnya.

bottom of page