Hubungan Etnik
Armando Dian
0352546
ADP - Engineering, School of Liberal Arts and Science
Refleksi Diri
Pada mulanya, saya bernaggapan bahawa projek ini akan mempunyai banyak rintangan yang perlu dilalui disebabkan perlunya kerjasama kumpulan. Namun, ahli-ahli kumpulan saya telah berusaha dengan sedaya upaya untuk menjamin kejayaan projek ini. Ini telah mengubah pandangan saya terhadap projek berkumpulan terutamanya pada skala yang agak besar ini yang melibatkan 10 orang ahli. Malah, saya juga dapat menimba ilmu daripada membaca dan mendengar pandangan orang lain terhadap isu yang dikaji. Kami juga tidak perlu merentasi banyak halangan untuk menemu bual orang pelbagai kaum. Ini menunjukkan bahawa walaupun kita hidup dalam masyarakat yang pelbagai kaum, tetap adanya hubungan yang harmoni antara kumpulan-kumpulan etnik yang berbagai. Saya berbangga dan bersyukur akan kebolehan rakyat Malaysia dalam pengekalan perpaduan yang telah diwarisi secara turun temurun ini bagi kebaikan bersama.