Hubungan Etnik
Kognitif
Semasa menjalani projek ini, kami beranggapan bahawa kami semua adalah anak Malaysia. Ini telah memberi rangsangan kepada kami untuk memahami budaya orang lain. Kami semua telah berbincang dan bersetuju untuk menerapkan nilai ini dalam kehidupan seharian kami di samping meningkatkan pengetahuan tentang pengalaman orang lain. Dalam video yang telah kami gambarkan, matlamat kami adalah untuk berkongsi prasangka yang salah antara satu sama lain dan menerangkan kepada penonton sebab orang ramai mempunyai prasangka tersebut. Perkara yang paling penting adalah kami saling menyokong antara rakan. Tujuan projek kami adalah untuk mengumpulkan semua orang daripada pelbagai kaum agar dapat saling berkenalan dan menjalankan hubungan yang baik.