top of page

Impak Projek

Semasa kami menjalani projek "perpaduan negara", kami telah menyedari bahawa manusia akan sentiasa mengkritik apabila terdapat perbezaan warna kulit, bangsa, malah kepercayaan. Kumpulan kami telah berusaha meningkatkan kesedaran tentang prasangka buruk masyarakat di Malaysia kerana terdapat tiga kaum utama yang berbeza di negara ini. Untuk menyatukan bangsa kita, kita harus merendahkan prasangka bangsa lain dan saling menerima sebagai satu bangsa. Kami telah belajar melepaskan prasangka dan menghormati budaya setiap orang. Ini telah memberikan kami keyakinan untuk berkawan dengan rakan-rakan berlainan bangsa. Keyakinan untuk mengenali lebih ramai rakan yang terdiri daripada budaya yang berbeza menggalakkan penerapan nilai perpaduan. Selain itu, semasa sesi temu bual, ramai orang telah berkongsi detik hidup mereka dan pada masa yang sama, kami dapat belajar tentang budaya mereka. Oleh kerana pergerakan kami agak terhad, kami juga telah berpeluang berkenalan dengan rakan baru melalui tugasan ini.

bottom of page